Oleh: awaludinfajari | Juli 24, 2011

KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN

Daripada Ummul Mu’minin  , Zainab binti Jahsy  (isteri Rasulullah saw.), beliau berkata,”(Pada  suatu  hari) Rasulullah  saw. masuk  ke  dalam  rumahnya  dengan  keadaan  cemas sambil  bersabda,  La  ilaha  illallah,  celaka  (binasa)  bagi  bangsa  Arab  dari  kejahatan (malapetaka)  yang  sudah  hampir  menimpa  mereka.  Pada  hari  ini  telah  terbuka  dari dinding Ya’juj dan Ma’juj seperti ini”, dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang  sebelahnya  (jari  telunjuk)  yang  dengan  itu mengisyaratkan  seperti  bulatan.  Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan  kami masih  ada  orang-orang  yang  shaleh?”  Lalu Nabi  saw.  bersabda:  “Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak”.  (Riwayat Bukhari & Muslim)

Keterangan:

Hadis di atas menerangkan bahawa apabila di suatu  tempat atau negeri sudah  terlampaubanyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa  semua orang yang berada di  tempat  itu. Tidak hanya  kepada orang  jahat  sahaja,  tetapi orang-orang  yang  shaleh  juga  akan  dibinasakan,  walaupun  masing-masing  pada  hari  qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.

Oleh  itu,  segala macam  kemungkaran dan  kefasiqan hendaklah  segera dibasmikan  dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan  sahaja  akan menimpa orang-orang  yang melakukan  kemungkaran dan  kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.

Dalam hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan  adalah  seluruh  bangsa  yang  ada  di  dunia  ini.  Tujuan  disebutkan  bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima  Islam  pada  masa  permulaan  penyebarannya  adalah  kebanyakannya  dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya. Umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.

 Kemudian  Ya’juj  dan Ma’juj  pula  adalah  dua  bangsa  (dari  keturunan  Nabi  Adam  as.) yang  dahulunya  banyak membuat  kerosakan  di  permukaan  bumi  ini,  lalu  batas daerah dan  kediaman  mereka  ditutup  oleh  Zul  Qarnain  dan  pengikut-pengikutnya  dengan campuran  besi  dan  tembaga, maka  dengan  itu mereka  tidak  dapat  keluar,  sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa  ini dari kediaman mereka  lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.


Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Kategori

%d blogger menyukai ini: